Ibarat tidak sempurna ramadan tanpa kedengan ketukan alat muzik pada waktu sahur di Kampung Bukit Piatu, Melaka.<br /><br />Tradisi yang dikenali sebagai 'Ketuk-Ketuk Sahur' itu masih diteruskan di kampung berkenaan sejak lebih 75 tahun yang lalu.<br /><br />Meskipun tidak diketahui secara tepat sejarah awal aktiviti yang menggamatkan suasana sahur di kampung itu, namun ianya masih diteruskan dengan penglibatan semua penduduk, tanpa mengira peringkat umur.